Tatabahasa : Kata Majmuk
Latihan 1
Garisi kata majmuk yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
1. | Ibu berpesan kepada kami agar sentiasa menjaga harga diri dan tidak mudah terikut-ikut dengan gaya hidup yang tidak bermoral. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Para petani itu gigih membanting tulang untuk mencari rezeki yang halal walaupun terpaksa bergelumang dengan lumpur di bawah terik matahari. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Dalam masa yang singkat saja, kes pergaduhan antara Pak Dol dengan Long Mahat telah menjadi buah mulut penduduk kampung. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Walaupun Aminah gemuk gedempol, Zabidi tidak pernah berasa malu ketika jalan bersama malah kasih sayangnya terhadap isterinya itu semakin mendalam. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Wak Leman naik darah apabila udang galah yang baru dibelinya di pasar tani dilarikan oleh Tompok. Latihan 2 Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergarisitu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salahdan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
|