DASAR PENAFIAN : Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Harap maklum. :)

Sunday, 15 April 2012

Tatabahasa UPSR

KATA NAMA AM
  • Terdiri daripada kata asal. Contoh : ayah, kuda, pokok, sekolah, telefon.
  • Terdiri daripada kata terbitan. Contoh : jururawat, pelajar, makanan.
  • Huruf pertama pada kata nama am ditulis dengan huruf kecil.
KATA NAMA KHAS
  • Contoh kata nama khas : Amri, Si Jalak, Plaza Angsana, Proton Inspira.
  • Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
KATA GANTI DIRI
  • Kata ganti diri terbahagi kepada :

(a) kata ganti diri pertama : saya, aku, kami, kita, patik, beta.
(b) kata ganti diri ketiga : awak, engkau, kamu, tuanku.
(c) kata ganti diri ketiga : dia, beliau, baginda, mereka.
  • Elakkan penggunaan kata aku apabila bercakap dengan orang :
(a) orang yang belum mesra dengan kamu.
(b) orang yang lebih tua umurnya.
(c) orang yang perlu dihormati.
  • Kata kami bererti "saya dengan dia". Orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan.
  • Kata kita bererti " kamu dengan saya" atau "kamu dengan kami". Orang yang kita ajak bercakap disertakan.
KATA GANTI NAMA YANG LAIN
  • Kata ganti diri singkat ialah kata ganti diri yang disingkatkan. Contoh : ku, mu, nya.
  • Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Contoh : apa, mana, siapa.
  • Kata ganti tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat. Contoh : sana, sini, situ.
  • Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan seseorang atau sesuatu. Contoh : ini, itu.
KATA BILANGAN
  • Digunakan untuk menghitung sesuatu.
  • Terdiri daripada :
(a) Kata bilangan tentu. Contohnya : satu, dua, tiga. 
(b) Kata bilangan tak tentu. Contohnya : beberapa, semua, segala.
(c) Kata bilangan pecahan. Contohnya : setengah, suku, dua pertiga.
(d) Kata bilangan pisahan. Contohnya : setiap, masing-masing.
(e) Kata bilangan himpunan. Contohnya : kedua-dua, ribuan, berhari-hari.
(f) Kata bilangan tingkat. Contohnya : pertama, kedua, ketiga.
(g) Kata bilangan tanya. Contohnya : berapa.
PENJODOH BILANGAN
  • Kadangkala digunakan berpasangan dengan kata bilangan.
  • Letak penjodoh bilangan selepas kata bilangan.
  • Contoh penjodoh bilangan : biji, buah, jambak, keping, helai, naskhah, pucuk, ulas.
KATA SENDI
  • Contoh kata sendi akan, bagi, dari, di, hingga, oleh, sejak, tentang dan sebagainya.
  • Kata sendi di gunakan untuk tempat, contoh : di Melaka.
  • Kata sendi pada digunakan untuk masa, orang, benda dan binatang. Contoh : 
(a) pada pukul 6.00 petang
(b) pada pendapat saya 
(c) pada pokok kelapa
KATA ADJEKTIF
  • Digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
  • Contoh : besar, cantik, garang, jauh, manis, subur dan sebagainya.
  • Untuk mengenal kata adjektif, kamu dapat mengujinya dengan kata penguat seperti amat, paling, dan sangat.
(a) amat besar
(b) sangat mahal
  • Kata besar dan mahal adalah kata adjektif kerana dapat disertai kata penguat amat dan sangat.

No comments: