DASAR PENAFIAN : Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Harap maklum. :)

Monday, 16 April 2012

Tatabahasa UPSR

KATA KERJA TAK TRANSITIF
  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa memerlukan objek.
  • Contoh : tidur, melompat, bermain, terjatuh.
  • Contoh ayat :
  • (a) Azri mahu tidur.
  • (b) Mereka sedang bermain.
  • (c) Katak itu melompat.
  • (d) Budak itu terjatuh
KATA KERJA TRANSITIF
  • Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja.
  • Contoh : makan, mencuci, menjalankan, mengawasi.
  • Contoh ayat :
  • (a) Ani makan nasi.
  • (b) Ibu mencuci kain.
  • (c) Encik Lee menjalankan tugas.
  • (d) Pihak polis mengawasi kawasan itu.
KATA KERJA PASIF
  • Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi tidak lagi berawalan me-.
  • Kata kerja pasif boleh disertai imbuhan ber-, di-, di..kan, dan ter-.
  • Contoh : berbasuh, dibawa, dijalankan, disyaki, tercapai.
KATA TANYA
  • Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.
  • apa- digunakan untuk menanyakan nama binatang atau nama benda.
  • bagaimana- untuk menanyakan cara, keadaan dan suasana. 
  • bila- untuk menannyakan masa.
  • berapa- untuk menanyakan bilangan atau jumlah.
  • mana- untuk menanyakan sebab berlakunya sesuatu.
  • siapa- untuk menanyakan orang atau nama.
KATA NAMA ARAH
  • Digunakan untuk menunjukkan sesuatu hala.
  • Contoh : atas, bawah, depan, hujung, tepi, tengah, utara. 
KATA PERINTAH
  • Digunakan untuk menyatakan perintah, larangan, permintaan dan silaan.
  • Contoh : tolong, jangan, harap, minta, sila, usah. 
KATA SERU
  • Digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti garam, hairan, marah, sakit, cemas dan sebagainya.
Contoh : aduh, ah, eh, hai, nah, oh, wah, cis. 

No comments: